بسم الله الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله
Hari Sabtu 10 Jamadil Aakhir 1434H bersamaan 20 April 2013, aku sempat menyertai satu program 'Selangkah ke Alam Barzakh' anjuran Pusat Islam UMT.
Program yg mula jam 8pg hingga 5ptg tu disertai oleh pelajar UMT, Staf & org awam.
Tapi aku pergi jam 2ptg, keh3.. ada kawan cakap rugi tak pergi sesi pagi sebab penceramah tu memang best.
hm, xpelah ,nk wat cmana;p
Sedikit perkongsian daripada Encik Abdullah (kalu xsilaplah) mengenai cara pengurusan jenazah pada sesi petang tu menarik.
Ada cara masing2 dalam pengurusan jenazah ni tp his style is good, senang nak follow secara teori.
Sebab benda2 sebegini memang tak cukup kalau sekadar teori, hands-on tu lagi penting.
Lagi best kalau ada jenazah yang real punya. (sapela yg berani nak volunteer kan, tengok gambar mayat kritikal pun dah berair mulut)
Tapi dalam sesi tu diorang guna 'mayat hidup', si imran sebagai volunteer..
 |
Ha, ni dia mayat hidup yang dah 'ready to go'.
Siap dengan bau-bauan air mawar, kapur barus, kayu cendana etc.
|
Banyak benda aku nak tanya dua orang panel ni, nak mintak pandangan dan nasihat. Sebab orang2 lama dan banyak pengalaman ni banyak ilmu ooo.
Tapi lepas tu, satu soalan je aku tanya =__="
Zikrul maut... kita perlu sentiasa ingat kepada kematian, ingat kepada satu lagi fasa yang kita akan tuju yakni Alam Barzakh. Di mana perlu kita ingat tiada perkara lain yang kita bawa kacawali AMALAN baik yang telah kita lakukan semasa berada di dunia.