Wednesday, 5 June 2013

Kawan-kawan saya


Caption ni diambil semasa raya Aidiladha 2012 yang lalu. saja nak testing gambar gif,hehe

Monday, 29 April 2013

Buku Lama.

..di petang yang ceria ini saya meluangkan sedikit masa untuk belajar Bahasa Arab. Buku ini 

kepunyaan Bapa Saudara saya Muhammad Nasir. Buku ini dibeli oleh beliau semasa beliau menuntut di 

Universiti Al-Azhar pada tahun 1985 yang lalu, insyallah sama-samalah kita 'upgrade' kemahiran 

berbahasa arab.


Wednesday, 24 April 2013

Exam PTD


بسم الله الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله


This is my 4th post, kih3... tulis je sementara ada mood nak menulis ni.

Tanggal 13/4 lepas, kira2 dalam seminggu lebih gitu, aku dah amik exam for the post of PTD M41, 
ni panggilan pertama dari SPA so i think it worth it to spend some time to write it here. ..or not.. hm,ntahlah..

in term of preparation, mmg kalut lah dlm 4,5 hari hari sblm exam tu, nak cari tu lah ni lah. googling info pasal  GTP, NKRA etc. tu sume LAH & macam2 lagi, tanya orang tu orang ni.

but after the exam, i was like... wtf dye punya soalan.. hahahahahahahahahahhahahahaha

******
Semasa exam tu, rasa seronok pun ada jugak (at trace level) sebab lama dah tak masuk sekolah kan. Exam tu buat  dekat Dewan SMK Putera, dalam Kompleks Sekolah Wakaf Mek Zainab tu. Orang Kota Bharu kalu xtahu gak meme parok la kih3. 

And all of the candidates seems like elder than me, kwang3, koya muda lah kan. Fresh graduates like me pun boleh tahan jugak ramainya. Dan sorang candidate yg dok sebelah aku is an indian, dan dia sorang Staf USM. 

First paper pasal pengetahuan am,  macam-macam ada. Dari tema duit syiling yang baru tu sampai la soalan bersifat global. Masa sejam yang diberi tu bagi aku cukuplah. Lagipun bukan tahu semua pun, main agak-agak je..

Habis sesi pertama, ada sesi kedua, paper pasal logik+maths.

Gap antara dua ruang ni setengah jam je, & 15 minit sebelum exam tu dah kena masuk dewan. Jadi ada lebih kurang 15 minit je untuk bersantai. Nak study? Memang tak lah. kih3

(p/s: soalan2 yg ada dalam buku2 PTD yg terdapat di pasaran tu aku rasa jauh lagi susah beb, rilek2 susah jgn gelabah mcm aku)

Sesi kedua ni memang haru lah, tak sempat der nak jawap semua, dan dari apa yang aku nampak,
soalan-soalan terakhir memang senang sikit berbanding soalan kat tengah-tengah.
Jadi kalau sistem lepas ni masih sama apakata kita jawap 10 soalan depan & 10 soalan belakang dulu.
Ada 40 soalan semuanya untuk dijawap dalam masa sejam, ke 45 minit aku pun tak ingat dah...

Lepas jawap soalan tu aku memang tak berharap dah nak lepas stage ni... pfffttt

Sesi ketiga soalan esei Bahasa, yang aku ingat bincangkan pasal 1 Malaysia, soalan2 lain aku tak ingat dah.hahahaha, & sesi ke4, esei Bahasa Inggeris, soalan dia ringan shj, cuma bergantung kepada cara huraian serta fakta-fakta yang kita sertakan di dalam nya.

Lama tak mengarang, lenguh jugak lah jari aku petang tu..

Hmm apapun kalau lepas exam ni Alhamdulillah & kalau tak lepas pun aku redha, Mak aku nampak macam berharap benar je biar dapat, suruh mintak tolong si Aisyah (anak sedara) aku doakan,hihihi

Wallahua'alam;)

Aisyah with Ummuha, umur tak cukup lagi setahun.
Dengan gelang emasnya, aiwah meme mek klate sunguh mu nih;))









Sunday, 21 April 2013

Selangkah ke Alam Barzakh


بسم الله الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله



Hari Sabtu 10 Jamadil Aakhir 1434H bersamaan 20 April 2013, aku sempat menyertai satu program 'Selangkah ke Alam Barzakh' anjuran Pusat Islam UMT.

Program yg mula jam 8pg hingga 5ptg tu disertai oleh pelajar UMT, Staf & org awam.
Tapi aku pergi jam 2ptg, keh3.. ada kawan cakap rugi tak pergi sesi pagi sebab penceramah tu memang best.
hm, xpelah ,nk wat cmana;p

Sedikit perkongsian daripada Encik Abdullah (kalu xsilaplah) mengenai cara pengurusan jenazah pada sesi petang tu menarik.
Ada cara masing2 dalam pengurusan jenazah ni tp his style is good, senang nak follow secara teori.

Sebab benda2 sebegini memang tak cukup kalau sekadar teori, hands-on tu lagi penting.
Lagi best kalau ada jenazah yang real punya. (sapela yg berani nak volunteer kan, tengok gambar mayat kritikal pun dah berair mulut)

Tapi dalam sesi tu diorang guna 'mayat hidup', si imran sebagai volunteer..

Ha, ni dia mayat hidup yang dah 'ready to go'.
Siap dengan bau-bauan air mawar, kapur barus, kayu cendana etc.


Banyak benda aku nak tanya dua orang panel ni, nak mintak pandangan dan nasihat. Sebab orang2 lama dan banyak pengalaman ni banyak ilmu ooo.

Tapi lepas tu, satu soalan je aku tanya =__="

Zikrul maut...  kita perlu sentiasa ingat kepada kematian, ingat kepada satu lagi fasa yang kita akan tuju yakni Alam Barzakh. Di mana perlu kita ingat tiada perkara lain yang kita bawa kacawali AMALAN baik yang telah kita lakukan semasa berada di dunia.



Wednesday, 17 April 2013

Ke Kampung Titian Baru, KT



بسم الله الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله


Petang ni i'm heading to Kampung Titian Baru, KT.

tak pernah sampai lagi sebenarnya ke sana, hanya berpandukan Google Maps, insyallah semuge dipermudahkan ;)

Ini Petanya.
*update April 21,2013

First time rasanya aku gunakan jalan ni. Dapat kenal tempat2 sprt Pengadang Baru, Pdg Midin, Kedai Buloh dll.

Alhamdulillah setelah bermundar mandir, U-turn gostan dll haha, akhirnya jumpa jgk Masjid Titian Baru,
walaupun agak lewat tapi bersyukur lah dpt turut serta dlm Majlis Ilmu Ustaz Azhar malam tu.



Hadirin yg sentiasa cintakan Majlis Ilmu. Rata-ratanya adalah anak muda.
Tenangnya suasana di dalam Majlis Ilmu;))

Signboard Kg Titian Baru, KT.






Sunday, 14 April 2013

Kota Bharu yg cantik.


Pemandangan waktu Asar di Pasir Hor. Baru lepas balik berkonvoi. 
Sebelah KB cerah, tapi di kubang kerian maseh hujan renyai maka terbentuklah pelangi yg gemilang.
Subhanallah..